Thursday, January 21, 2016

Tabung Paksa Rela a.k.a Tabung Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Ni daku COPY AND PASTE dan jadikan sumber inspirasi untuk menabung...

Tabung Paksa Rela
Arini saja cek jumlah terkumpul (langgar peraturan no. 6 tapi tak ambil untuk guna) Saya mula simpan pertengahan bulan 10 yang lepas. Baru lebih kurang satu setengah bulan menyimpan secara paksa rela. Jumlah terkumpul setakat ini RM880 hihihi...
>> Simpan Duit Yang Anda Pilih Warnanya <<
Pertama sekali, setkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.
+ Tempoh masa : 10 bulan
+ Tujuan : Nak gi vacation @ gi Umrah @ nak menikah lagi @ nak beli beg Prada dan sebagainya
+ Duit yang dipilih : RM5 dan RM20 (saya pilih RM20 sahaja)
PERATURAN WAJIB :
1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.
2..HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20.
3..Jika 'terguna' sila qada dengan DOUBLE AMOUNT.
4..WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.
5. Kalau belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.
6. JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG.

SUMBER :  Nahar Efendy Noordin

------------------------------------------------------------------------------------------


03 Januari 2016
Tabung Paksa Rela
vs
Tabung Suka Rela


Semalam (02 Januari 2016), ingatkan takde note hijau tu dalam wallet...
Sekali, tengok ada note hijau dalam handbeg, bukan dalam wallet...
Nampak tak kat situ, Allah permudahkan niat kita?
Then, yang hari ni pulak, ternampak kawan opis letak duit kat dokumen yang dia nak hantar, terus tanya, boleh tak nak tukar duit tu?Kiki
#Tabung#Hijau
#Tabung#Syiling



------------------------------------------------------------------------------------------


06 Januari 2016
Siapa terer, sila teka berapa note hijau utk ‪#‎day4‬ Tabung Hijau ni...
Sekadar teka je, kalau betul, tak dapat apa-apa pun...Haha
4 keping, kawan opis yang offer, yang selebihnya dapat masa membeli, punyalah excited, Allah saja yang tahu...Hihi
#Day4
‪#‎TabungHijau‬
‪#‎TabungPTPTN‬


------------------------------------------------------------------------------------------
13 Januari 2016
‪#‎day11‬
 

20 Januari 2016
#‎day18‬
Alhamdulillah, setakat ni jumlah note hijau makin bertambah dan semoga daku terus istiqomah...Aamiin...


28 Januari 2016
#‎day26‬
Alhamdulillah, setakat ni jumlah note hijau dah 82 keping...Cubalah korang kira dah berapa jumlah terkumpul...Hihi =)

28 Januari 2016



Update on Januari 2017





Alhamdulillah, TABUNG HIJAU daku berjumlah RM 2540.00 sepanjang tempoh 03 Januari hingga 31 Disember 2016...

No comments:

Post a Comment